Mukim Berakas 'B'
Mukim Berakas 'B' | |
|---|---|
| Negara | Brunei |
| Daerah | Brunei dan Muara |
| Penduduk (2016) | |
| • Jumlah | 40,710 |
| Zon waktu | UTC+8 (BNT) |
| Poskod | BCxx15 |
Mukim Berakas 'B' ialah sebuah mukim di Daerah Brunei dan Muara, Brunei. Mukim ini mempunyai penduduk seramai 40,710 orang pada tahun 2016. Ia diketuai oleh seorang penghulu dan pada masa ini sedang dijawat oleh Pengiran Ali bin Pengiran Maon sejak tahun 2014; beliau juga merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Negara iaitu wakil bagi Zon 1 Daerah Brunei dan Muara.