Daerah di Brunei
| Daerah di Brunei | |
|---|---|
| Kategori | Bahagian pentadbiran |
| Lokasi | Brunei |
| Bilangan | 4 |
| Jumlah penduduk | 10,251 (Temburong) – 289,630 (Brunei-Muara) |
| Keluasan | 571 km2 (220 bt2) (Brunei-Muara) – 2,727 km2 (1,053 bt2) (Belait) |
| Kerajaan/pemerintah | |
| Subbahagian | |
| Negara Anggota ASEAN |
| Portal Brunei |
Templat:Bahagian pentadbiran Brunei sidebar
Daerah ialah bahagian pentadbiran utama Brunei. Negara tersebut terbahagi kepada empat buah daerah, iaitu Brunei-Muara, Belait, Tutong dan Temburong. Temburong ialah sebuah eksklaf; ia secara fizikal terpisah daripada tiga daerah lain oleh Teluk Brunei dan negeri Sarawak, Malaysia. Setiap daerah mempunyai sebuah bandar sebagai pusat pentadbiran dan ekonomi utama, termasuk Brunei-Muara, di mana pusat utamanya ialah Bandar Seri Begawan, sebuah bandar raya dan ibu negara.