Mukbang

Mukbang
Nama Korea
Hangul
Perumian SemakanMeokbang
McCune–ReischauerMŏkpang
IPA[mʌk̚.p͈aŋ]
Original word
Hangul
Hanja
먹는 放送
Perumian SemakanMeongneun bangsong
McCune–ReischauerMŏngnŭn pangsong
IPA[mʌŋ.nɯn.baŋ.soŋ]

Mukbang, muk-bang atau meokbang (Korea: [mʌk̚.p͈aŋ]  ( dengar)- kata lakur bahasa Korea 먹는; meongneun "makan" dan 방송; bangsong "penyiaran" yakni "siaran makan") ialah suatu siaran langsung dalam talian di mana pengacara memakan makanan pelbagai jenis sambil berinteraksi dengan para penonton. Fenomena ini mula terkenal serata Korea Selatan pada tahun 2010.

Penstriman jenis sebegini sangat dikehendaki bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti paras rupa pengacara ataupun tahap dan tatacara antara pengacara dengan penonton; ia banyak berfungsi sebagai suatu masyarakat maya yang aktif berhubung sesama anggota atau pengguna.