Muhammad Vaez-Zadeh Khorasani

Ayatollah Profesor Emeritus
Muhammad Vaez-Zadeh Khorasani
Setiausaha Agung Persidangan Dunia bagi Kedekatan Mazhab Islam
Dalam jawatan
1990–2001
Dilantik olehAli Khamenei
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehMohammad Ali Taskhiri
Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa
Dalam jawatan
2004–2006
PresidenYusuf al-Qaradawi
Digantikan olehAyatollah Mohammad Ali Taskhiri
Maklumat peribadi
Lahir
Muhammad Vaez-Zadeh Khorasani

(1926-02-24)24 Februari 1926
Masyhad, Iran
Meninggal dunia18 Disember 2016(2016-12-18) (umur 90)
Masyhad, Iran
KewarganegaraanIran
PekerjaanUlama
ahli politik
Diplomat

Ayatollah Muhammad Vaez-Zadeh Khorasani (Parsi: محمد واعظ زاده خراسانی) ialah seorang ulama Islam di Iran. Beliau seorang pemikir Islam Syiah dan ahli akademik di Universiti Ferdowsi, Masyhad, Iran. Beliau dilahirkan di bandar Masyhad, Iran. Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa yang pertama bersama-sama Syeikh Ahmad al-Khalili dan Syeikh Abdullah Bayyah pada 2004. Beliau juga ialah pengasas dan setiausaha agung pertama Persidangan Dunia bagi Kedekatan Mazhab Islam pada 1990.

Beliau meninggal dunia pada 18 Disember 2016 di Masyhad, Iran.