Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan
Imam Muda Asyraf | |
|---|---|
| Nama lahir | Muhammad Asyraf bin Mohd Ridzuan |
| Kelahiran | 12 Februari 1984 Pulau Pinang, Malaysia |
| Asal | Malaysia |
| Pekerjaan | Pendakwah |
| Kegiatan berkaitan | Musim Pertama Imam Muda |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan (lahir 12 Februari 1984) merupakan juara pertama program pencarian imam di kalangan generasi muda iaitu Imam Muda. Pada mulanya bersekolah di SRK Sri Aman Kampung Melayu Pulau Pinang dari tahun 1991-1996. Kemudian ke Maahad al-Mashoor al-Islami di Sungai Batu Teluk Kumbar Pulau Pinang dari tahun 1997-1999 iaitu tingkatan 1- tingkatan 3. Kemudian ke Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat, Repek, Pasir Mas, Kelantan dari tahun 2000-2001. Dan mengubah haluan mengambil SPM di Maahad Tarbiyyah Islamiyyah (MATRI), Beseri, Perlis pada tahun 2001-2002. Melanjutkan pelajaran ke Peringkat Diploma Qiraat di Maahad Tahfiz Pulau Pinang pada tahun 2003-2006. Kemudian Ijazah Sarjana Muda dan seterusnya memperolehi Ijazah Sarjana Syariah Pengkhususan Fiqh dan Usul di Universiti Malaya. Sebelum ini pernah bertugas sebagai Imam di Masjid Desa Petaling Kuala Lumpur.