Muhaini Zainal Abidin
Muhaini Zainal Abidin | |
|---|---|
| Pasangan Perdana Menteri Malaysia ke-9 | |
| Dalam jawatan 21 Ogos 2021 – 24 November 2022 | |
| Didahului oleh | Puan Sri Noorainee Abdul Rahman |
| Digantikan oleh | Dato Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail |
| Pasangan Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-14 | |
| Dalam jawatan 7 Julai 2021 – 16 Ogos 2021 | |
| Didahului oleh | Dato Seri Anwar Ibrahim |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Muhaini binti Zainal Abidin 12 November 1961 |
| Pasangan | Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob (65 tahun) (k. 1986) |
| Anak | Datin Nina Sabrina Ismail Sabri Gadaffi Ismail Sabri Iqbal Ismail Sabri Nashriq Ismail Sabri |
| Kediaman | Seri Perdana |
| Dikenali dengan | Isteri kepada Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia ke-9 |
Dato' Sri Muhaini binti Zainal Abidin merupakan isteri kepada Perdana Menteri Malaysia ke-9, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob. Pada tahun 1986, beliau berkahwin dengan Ahli Parlimen Bera, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 pada 20 Ogos 2021. Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob juga merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-14 di bawah Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin dari 7 Julai 2021 sehingga 16 Ogos 2021. Mereka dikurniakan 4 anak — 1 perempuan dan 3 lelaki. Salah seorang anak lelaki beliau, Dafi (nama penuh Gadaffi bin Ismail Sabri), merupakan peserta Akademi Fantasia (musim 5) pada 2007. Anak perempuan tunggal beliau, Datin Nina (nama penuh Nina Sabrina binti Ismail Sabri), telah mengahwini pereka fesyen bernama Dato' Jovian Mandagie.