Mufti Selangor


Selangor
Penyandang
Anhar Opir
sejak 20 Mei 2025
GelaranSahibus Samahah
Bidang kuasaSelangor
InstitusiJawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dan Jabatan Mufti Negeri Selangor
Dilantik olehSultan Selangor
Penjawat sulungTengku Mahmud Zuhdi Tengku Abdul Rahman
Dibentuk1935 (1935)
Tapak webwww.muftiselangor.gov.my
sunting ยท sunting di Wikidata

Mufti Negeri Selangor ialah pegawai agama yang bertanggungjawab dalam membuat fatwa di Selangor. Penyandang jawatan ini merupakan ketua bagi Jabatan Mufti Negeri Selangor. Di awal penubuhan jawatan ini, mufti Selangor diberi gelaran Syeikhul Islam. Bermula 1953, gelaran Mufti secara rasmi diguna pakai. Penyandang terkini gelaran ini ialah Dr Anhar Opir.