Mubarak Dohak

Mubarak Dohak
مبارك دوحق
Yang Teramat Mulia Dato' Klana Petra
Undang Luak Sungai Ujong
Pemerintahan29 Disember 1993 - kini
(31 tahun, 10 bulan dan 13 hari)
Kerjan/TabalJun 2005
Didahului olehMohammad Kassim Abdul Rashid
Keputeraan (1961-11-11) 11 November 1961
(umur 63 tahun, 11 bulan dan 1 hari)
Kampung Telaga Undang, Batu 9, Pantai, Seremban, Negeri Sembilan, Persekutuan Tanah Melayu
PasanganYAM Tok Puan Noor Hashimah Abu Bakar (k. 1984)
Anakanda
  • Nurul Ain Mubarak
  • Siti Shahrizat Mubarak
  • YM Dato' Amar Setia Ahmad Nazir Mubarak
  • Nurdina Zaina Mubarak
  • Ahmad Shahfiq Mubarak
KerabatWaris Hulu
AyahandaDohak Abu Samah
BondaLawiyah Alwi
AgamaSunni Islam
Pekerjaan
sblm.

Dato' Haji Mubarak bin Dohak (Jawi: داتوق حاج مبارك بن دوحق) merupakan penyandang Dato' Undang Luak Sungai Ujong, salah satu daerah pentadbiran adat (luak) di Negeri Sembilan, Malaysia. Beliau dimasyhurkan sebagai Dato' Undang pada 29 Disember 1993. Beliau merupakan ketua bagi jalur keturunan Waris Hulu; yang merupakan salah satu keturunan di Sungai Ujong selain Waris Hilir.