Mr. Queen
| Mr. Queen | |
|---|---|
| Genre |
|
Berdasarkan daripada | Go Princess Go oleh Xian Chen Go Princess Go oleh Qin Shuang and Shang Menglu |
| Pencipta | Studio Dragon tvN Jang cheol Kyo Kim Young-gyu |
| Ditulis oleh | Park Gye-ok Choi Ah-il |
| Pengarah | Yoon Sung-sik |
Dibintangi oleh |
|
| Lagu pembukaan | "Mr Queen" oleh Howl |
| Lagu penutup | "Like A Star" oleh Jang Han-byul |
| Negara asal | South Korea |
| Bahasa | Korean |
| Bilangan episod | 20 (Senarai episod) |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Lee Chan-ho |
| Penerbit |
|
| Tempoh siaran | 70–90 minit |
Syarikat penerbitan |
|
Syarikat pengedaran | tvN |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | tvN |
| Format audio | Dolby Digital |
| Siaran asal | 12 Disember 2020 – 14 Februari 2021 |
| Kronologi | |
Rancangan berkaitan | Go Princess Go |
| Pautan luar | |
| Laman sesawang | |
Mr. Queen (Korea: 철인왕후; Hanja: 哲仁王后; RR: Cheorinwanghu; lit. Ratu Cheorin) ialah siri televisyen Korea Selatan tahun 2020-2021. Diarahkan oleh Yoon Sung-sik, ia dibintangi oleh Shin Hye-sun dan Kim Jung-hyun sebagai Ratu dan Raja Dinasti Joseon. Berdasarkan drama web asal Cina Go Princess Go, drama ini adalah mengenai seorang lelaki bernama Jang Bong-hwan dari zaman moden, terperangkap dalam tubuh Ratu Cheorin pada zaman Joseon. Ia disiarkan di tvN setiap hari Sabtu dan Ahad jam 21:00 (KST) dari 12 Disember 2020 hingga 14 Februari 2021.
Walaupun terdapat kontroversi, siri ini adalah drama dengan penilaian ketujuh tertinggi dalam sejarah televisyen kabel Korea, dengan episod terakhir mencapai rating 17.371% di seluruh negara dan memperoleh lebih daripada 4 juta penonton. Ia juga mencatat rekod untuk tvN dengan mencapai penarafan ke-5 tertinggi dalam sejarah rangkaian.