Mona Allen
Mona Allen | |
|---|---|
| Kelahiran | Munna Hafiraneza binti Allen 28 Januari 1986 |
| Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
| Pekerjaan | Pelakon, pengacara, model |
| Tahun aktif | 1999–2001; 2016–kini |
| Pasangan | Pekin Ibrahim (k. 2018) |
| Anak-anak | 2 |
Munna Hafiraneza Allen (lahir 28 Januari 1986) atau lebih dikenali sebagai Mona Allen ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau berdarah campuran Melayu-Scotland. Beliau pernah menjadi hos program Sinaran Pasport Kegemilangan tahun 2000. Beliau juga terkenal dengan watak Ramona dalam Monalisa dan juga watak antagonis iaitu Maria dalam Hati Yang Dikhianati.