Mohd Zulkifli Mohd Yusoff

Mohd Zulkifli Mohd Yusoff
SPSK, DPSK (Kelantan); Ph.D (Wales, UK)
محمد ذوالکفل محمد يوسف
Ahli Majlis Syura Ulamak PAS
Menyandang jawatan
15 Disember 2020
Ahli Lembaga Pemegang Amanah
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Menyandang jawatan
18 Ogos 2020
Maklumat peribadi
Lahir
Mohd Yakub @ Zulkifli bin Mohd Yusoff

(1963-08-07) 7 Ogos 1963
Kampung Wakaf Tanjung, Kota Bharu, Kelantan
KewarganegaraanMalaysia
Parti politik PAS
Tempat belajarUniversiti Malaya
Bidang pengkhususanAhli akademik

Prof. Dato' Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli bin Mohd Yusoff (Jawi: محمد يعقوب @ ذوالکفل بن محمد يوسف; 7 Ogos 1963) ialah seorang ahli akademik di Malaysia. Beliau bertugas sebagai Profesor di Jabatan al-Quran dan Hadis, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Pada tahun 2020, beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Syura Ulamak Parti Islam Se-Malaysia (PAS).