Mohd Ridhuan Tee
Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah | |
|---|---|
鄭全行 | |
| Kelahiran | Tee Chuan Seng 28 April 1967 |
| Warganegara | Malaysia |
| Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Universiti Kebangsaan Malaysia Sarjana Sains Politik Universiti Putra Malaysia |
| Pekerjaan | Profesor [1] |
| Majikan | Institusi Penyelidikan Produk & Ketamadunan Melayu Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin |
| Parti politik | Bebas (2016-) BN-MCA (2000-2016) |
| Anak-anak | 5, termasuk Syafi Tee |
Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah atau Ridhuan Tee ialah seorang penulis di Malaysia. Dia memiliki kelulusan BA (Hons) Sains Politik (UKM), MA Kajian Strategik (UKM), PhD Politik dan Kerajaan (UPM), Dip. Pengajian Islam (UIA). Penulisan dia dikatakan sebagai banyak mengkritik tentang penduduk bukan Melayu dan bukan Islam di negara Malaysia . Dia bukan berbangsa Melayu dan pada asalnya bukan seorang yang beragama Islam. Tetapi selepas memeluk agama Islam, dia dikatakan telah banyak mengkritik dalam tulisan dia terhadap pihak-pihak bukan Melayu dan bukan Islam.".