Mohd Rafiq Mohd Abdullah
Mohd Rafiq Mohd Abdullah | |
|---|---|
| Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Kuang | |
| Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
| Didahului oleh | Sallehudin Amiruddin (PH–BERSATU) |
| Majoriti | 4,875 (2023) |
| Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia | |
| Menyandang jawatan 23 Ogos 2020 | |
| Presiden | Muhyiddin Yassin |
| Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sungai Buloh | |
| Menyandang jawatan 12 Oktober 2018 | |
| Presiden | Muhyiddin Yassin |
| Pengerusi | Mahathir Mohamad (2018–2020) Muhyiddin Yassin (Pemangku, 24 Februari–23 Ogos 2020) |
| Didahului oleh | Zulkafperi Hanapi |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Mohd Rafiq bin Mohd Abdullah 7 Ogos 1975 Kuala Lumpur, Malaysia |
| Kerakyatan | Malaysia |
| Parti politik | Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) |
| Gabungan politik lain | Pakatan Harapan (PH) (–2020) Perikatan Nasional (PN) (sejak 2020) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Mohd Rafiq bin Mohd Abdullah merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi Kuang sejak Ogos 2023. Beliau merupakan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), sebuah parti komponen dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) dan sebelum ini Pakatan Harapan (PH). Beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU sejak Ogos 2020 dan Ketua Bahagian BERSATU Sungai Buloh sejak Oktober 2018.