Mohd Anwar Mohd Nor

Mohd Anwar Mohd Nor
Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Ke-12
Panglima Angkatan Tentera Malaysia Ke-13
Ahli Pengarah Sovereign Maritime Services (M) Sdn Bhd
Kelahiran (1951-12-03) 3 Disember 1951
Alor Gajah, Melaka
Kesetiaan Malaysia
Perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia
Tahun perkhidmatan1969-2007
Pangkat Laksamana

Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar bin Hj Mohd Nor (lahir 3 Disember, 1951) ialah ahli politik, tokoh perniagaan dan pegawai tentera laut veteran Malaysia, beliau merupakan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia yang bersara pada 31 Januari 2007. Beliau merupakan Panglima Angkatan Tentera yang pertama yang dilantik daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Beliau juga merupakan ahli lembaga pengarah kepada syarikat pengawal keselamatan, Sovereign Maritime Services Sdn Bhd yang mempunyai kes besar di Jabatan Tenaga Kerja ketika ini.

Selama lebih lima dekad, jawatan Panglima Angkatan Tentera Malaysia secara tradisinya dilantik daripada kalangan pemimpin Tentera Darat Malaysia (TDM). Begitu juga selepas persaraan beliau, jawatan tersebut diambil alih pula oleh Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Hj Zainal, Panglima Tentera Darat (PTD) sebelum itu. Memandangkan jawatan itu dipegang semula oleh Jeneral daripada Tentera Darat Malaysia (TDM), pelantikan Tan Sri Mohd Anwar sebagai Panglima Angkatan Tentera merupakan sesuatu yang unik setakat ini.