Mohammed Waheed Hassan

Mohamed Waheed Hassan
ޑރ. މުހައްމަދު ވަހީދު ޙަސަން މަނިކު
Presiden Maldives
Dalam jawatan
7 Februari 2012 – 17 November 2013
Didahului olehMohamed Nasheed
Digantikan olehAbdulla Yameen
Naib Presiden Maldives
Dalam jawatan
11 November 2008 – 7 Februari 2012
PresidenMohamed Nasheed
Didahului olehJawatan diwujudkan semula
Digantikan olehMohammed Waheed Deen
Maklumat peribadi
Lahir (1953-01-03) 3 Januari 1953
Malé, Maldives
Parti politikParti Kesatuan Kebangsaan
PasanganIlham Hussain
Anak
  • Widhadh Waheed
  • Fidha Waheed
  • Jeffrey Salim Waheed
KediamanMuliaage (Rasmi)
Tempat belajar
Paparan amaran: Page using Template:Infobox officeholder with unknown parameter "religion"

Mohamed Waheed Hassan Manik (Bahasa Divehi: މުހައްމަދު ވަހީދު ޙަސަން; lahir 3 Januari 1953) ialah Presiden Maldives. Beliau mengangkat sumpah jawatan pada 7 Februari 2012 apabila Presiden Mohamed Nasheed meletakkan jawatan. Beliau juga ialah Naib Presiden Maldives yang pertama dipilih secara demokratik, berkhidmat di bawah Raihan dari 2008 hingga 2012.

Dilahirkan di Malé, Waheed berkelulusan Universiti Amerika di Beirut dan Universiti Stanford, tempat beliau mendapat Ph.D.. Beliau bekerja di luar negara di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan UNICEF. Kerjanya dengan UNDP dan UNESCO termasuk bekerja sebagai perunding bebas dalam membangunkan program pendidikan untuk beberapa negara Afrika, Bangladesh, dan Kepulauan Pasifik Selatan. Seterusnya beliau menjadi Pengarah Bersekutu UNDCO di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York sebelum kembali ke Maldives pada tahun 2005.