Mohammad Kazim Elias


Mohammad Kazim Elias

Kelahiran
Mohammad Kazim bin Elias

(1972-11-28) 28 November 1972
21 Syawal 1392
Kampung Paya, Batu Kurau, Mukim Selama, Perak, Malaysia
WarganegaraMalaysia
PendidikanMaahad Tahfiz Al Quran & Qiraat Masjid Negeri Perak
PekerjaanPengetua Pusat Pendidikan Al Barakah, Ustaz, Pendakwah Bebas, pelakon
Terkenal keranaPusat Pendidikan Al Barakah, Forum Perdana Ehwal Islam, Kalau Dah Jodoh, Tanyalah Ustaz, Perak FM
Ibu bapaNazirah binti Ismail
Elias bin Che Mat
SaudaraYB Dato' Haji Mohd Najmuddin Elias (Abang)
Ahmad Hasbullah Alias (Abang)
Laman web rasmiPusat Pendidikan Al Barakah
Ustaz Mohd Kazim Elias

Yang Berbahagia Ustaz Dato' Mohammad Kazim bin Elias (lahir 28 November 1972) ialah seorang penceramah bebas dan personaliti media lelaki Malaysia. Ceramah beliau banyak dimuat naik ke YouTube. Pendekatan komedi dan santai yang digunakan oleh Dato Ustaz Kazim dapat menarik minat ramai pendengar dari pelbagai latar belakang masyarakat. Topik-topik berkaitan dengan keluarga dan motivasi sentiasa menjadi intipati ceramah beliau. Merupakan pengasas dan pengetua untuk Pusat Pendidikan Al Barakah Diarkibkan 2021-01-18 di Wayback Machine iaitu pusat pendidikan Islam yang beribu pejabat di Kampung Manjoi, Ipoh, Perak. Datuk Ustaz Kazim juga banyak terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan agama Islam. Beliau sering dijemput untuk memberi ceramah disekitar tanah air terutama termasuk Singapura dan Brunei. Selain itu juga dijemput menjadi ahli panel atau pensyarah di siaran-siaran televisyen dan radio utama nasional dan juga ceramah perdana.