Mizz Nina

Mizz Nina
ميزز نين
Kelahiran
Shazrina binti Azman

(1980-07-01) 1 Julai 1980
PekerjaanPenyanyi, pendakwah, aktivis kemanusiaan, pemuzik, penulis lagu, pereka fesyen, usahawan
Tahun aktif1999–2013 (dalam industri muzik)
PasanganNoh Salleh (k. 2011; c. 2022)
Essam Muhammad (k. 2023)
Ibu bapaTan Sri Dato' Seri Azman Hashim (bapa)
Puan Sri Datin Seri Tunku Arishah Tunku Maamor (ibu)
SaudaraShalina Azman (kakak)
Kerjaya muzik
GenreR&B, Dance-pop, Elektropop, Pop, Hip hop
Alat muzikVokal, Dram, Piano
DiskografiLihat: Diskografi Mizz Nina
Syarikat rakamanPositive Tone (1999-2004)
Warner Music (2010-2012)
Mizz Nina Productions (2010-kini)
Kegiatan berkaitanTeh Tarik Crew, Colby O'Donis, Flo Rida, Planet Asia, Theo Martins, Jay Park

Shazrina binti Tan Sri Dato' Seri Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina (lahir 1 Julai 1980) merupakan seorang penyanyi, pendakwah, aktivis kemanusiaan, pemuzik, penulis lagu, pereka fesyen dan usahawan wanita Malaysia. Beliau ialah salah seorang daripada ahli Teh Tarik Crew. Merupakan satu-satunya ahli wanita dalam kumpulan ini, beliau telah menjadi penyanyi solo yang mencipta nama di peringkat antarabangsa.

Beliau merupakan anak kepada Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Dato' Seri Azman Hashim. Pada tahun 2013, beliau memilih untuk bersara daripada industri muzik Malaysia dan mengambil keputusan untuk bertudung sebaik sahaja pulang daripada mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Mekah.