Benalu
Benalu atau bendalu ialah nama umum terkenal bagi tumbuhan parasit dalam order Santalales yang terdiri daripada keluarga Santalaceae, Loranthaceae, dan Misodendraceae. Spesies yang dahulunya termasuk dalam keluarga Santalaceae kini sering digolongkan ke dalam keluarga Viscaceae.
Menurut tradisi kebudayaan Barat, daun benalu dilihat tetap berwarna hijau ketika musim dingin sering digunakan sebagai hiasan untuk sambutan Hari Natal. Orang Eropah menggunakan spesies Viscum album, sedangkan spesies Phoradendron leucarpum digunakan di Amerika Utara. Rangkaian daun mistletoe digantung di depan pintu dan orang yang berdiri di bawah mistletoe boleh mencium orang yang disukainya.
Nama Inggeris mistletoe dahulunya hanya digunakan untuk spesies Viscum album atau dikenali sebagai benalu Eropah yang tergolong dalam keluarga Santalaceae dan satu-satunya spesies benalu asal United Kingdom dan daratan Eropah. Benalu juga digunakan untuk spesies Phoradendron leucarpum asli Amerika Utara dan tergolong kelaurga Santalaceae. Sebagai contoh evolusi konvergen, beberapa tumbuhan keluarga Loranthaceae yang memiliki karakteristik yang mirip juga disebut benalu.
Spesies Viscum album (benalu Eropah) memiliki lai daun berhadapan, berbentuk lonjong dengan tepi daun yang mulus, dahan berkayu dan memiliki buah yang berkelompok seperti buah beri berwarna krim. Sedangkan Phoradendron leucarpum (benalu Amerika) walaupun kelihatan agak mirip dengan spesies Viscum album, ia memiliki daun yang lebih pendek dan lebar, serta buah yang berkelompok dalam jumlah yang lebih banyak. Di Australia, terdapat 71 spesies yang termasuk keluarga Loranthaceae dan 14 spesies yang termasuk keluarga Santalaceae.
Sebahagian besar spesies tumbuh dan hidup subur di dahan-dahan berbagai jenis pepohon besar. Walaupun biasanya hanya melambatkan pertumbuhan pokok perumah, benalu yang tumbuh terlalu lebat boleh mematikan pokok perumah. Sebahagian benalu bersifat setengah parasit, daun tetap berwarna hijau sepanjang tahun, dapat melakukan fotosintesis sendiri, dan hanya bergantung pada pokok perumah untuk zat mineral dari dalam tanah. Genus Arceuthobium yang tergolong dalam keluarga Santalaceae adalah salah satu contoh benalu yang bersifat parasit penuh, kerana mengandalkan fotosintesis dan mineral daripada pokok perumah.