Loranthaceae

Loranthaceae
Ligaria cuneifolia
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Order: Santalales
Keluarga: Loranthaceae
Juss.
Genus

Lihat teks

Taburan Loranthaceae.

Loranthaceae, turut dikenali sebagai benalu api atau bendalu api, ialah sebuah keluarga bagi tumbuhan berbunga. Ia terdiri daripada sekitar 75 genus dan 1,000 spesies tumbuhan berkayu, kebanyakannya hemiparasit. Tiga spesies daratannya adalah Nuytsia floribunda (pokok krismas Australia Barat), Atkinsonia ligustrina (dari Pergunungan Biru di Australia), dan Gaiadendron punctatum (dari Amerika Selatan/Tengah). Loranthaceae kebanyakannya parasit pada xilem, tetapi hautoriumnya terkadang boleh menyentuh floem, sedangkan Tristerix aphyllus pula hampir holoparasitik.

Asalnya, Loranthaceae mengandung kesemua spesies benalu, tetapi benalu Eropah dan Amerika Utara (Viscum, Arceuthobium, dan Phoradendron) tergolong dalam keluarga Santalaceae. Sistem APG II pada 2003 telah meletakkan keluarga ini dalam order Santalales, klad eudikot teras.