Miss Universe 2018

Miss Universe 2018
Catriona Gray, Miss Universe 2018
Tarikh17 Disember 2018
Penyampai
HiburanNe-Yo
TempatImpact, Muang Thong Thani, Wilayah Nonthaburi, Thailand
Penyiar
Kemasukan94
Penempatan20
Kemunculan pertama
Tarik diri
Kembali
PemenangCatriona Gray
 Filipina
KesabaranOrnella Gunesekere
 Sri Lanka
Kostum Terbaik KebangsaanOn-anong Homsombath
 Laos

Miss Universe 2018 adalah pertandingan Miss Universe ke-67 yang telah diadakan pada 17 Disember 2018 di IMPACT Arena, Muang Thong Thani di Wilayah Nonthaburi, pinggir utara Bangkok, Thailand. Demi-Leigh Nel-Peters dari Afrika Selatan memahkotakan penggantinya, Catriona Gray dari Filipina pada akhir acara.

Edisi kali ini dihoskan oleh Steve Harvey dan supermodel Ashley Graham serta personaliti televisyen Carson Kressley dan pelatih peragaan Lu Sierra menggalas tugas sebagai komentator. Penyanyi dan penulis lagu, Ne-Yo, selaku artis undangan pada edisi kali ini.

94 peserta dari negara dan wilayah telah menyertai penyertaan tahun ini, melepasi rekod sebelum ini iaitu seramai 92 peserta pada 2017.Ángela Ponce dari Sepanyol menjadi peserta transgender pertama secara terbuka menyertai Miss Universe.