Steve Harvey

Steve Harvey
Harvey pada tahun 2013
Kelahiran
Broderick Stephen Harvey

(1957-01-17) 17 Januari 1957
PendidikanGlennville High School
Pekerjaan
  • Pelawak
  • pengacara
  • penulis
Tahun aktif1985–kini
TelevisyenLittle Big Shots
Pasangan
  • Marcia Harvey (k. 1980–1994)
  • Mary Shackelford (k. 1996–2005)
  • Marjorie Bridges (k. 2007)
Anak-anak7 orang
Laman web rasmisteveharvey.com

Broderick Stephen Harvey (lahir 17 Januari 1957) ialah seorang pengacara, pelawak dan penulis dari Amerika Syarikat.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang pelawak diri pada tahun 1980-an sebelum beralih kepada rancangan-rancangan sendiri Showtime at the Apollo dan The Steve Harvey Show di The WB. Beliau menjadi terkenal sebagai pengacara candawara Family Feud dan Celebrity Family Feud, pertandingan Miss Universe (sejak 2015) dan Fox's New Year's Eve (sejak 2017).