Miso
| Miso | |
|---|---|
Miso | |
| Nama alternatif | Pes soya |
| Jenis | Pes kacang ditapai, makanan berasaskan soya, bumbu |
| Tempat asal | Jepun |
| Bahan utama | Kacang soya yang ditapai bersama garam dan koji (Aspergillus oryzae) |
| Bahan yang biasa digunakan | Aspergillus flavus var. oryzae, garam, kacang soya, Kacang soya |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Miso (みそ ,味噌) ialah perasa Jepun tradisional yang dihasilkan melalui proses fermentasi kacang soya dengan garam dan koji (kulat Aspergillus oryzae) dan kadangkalanya beras, barli, atau bahan-bahan lain. Hasil pesnya yang pekat digunakan untuk membuat sos, acar sayuran atau daging, atau dicampurkan bersama sup dashi untuk dijadikan sup miso atau misoshiru (味噌汁). Miso yang mengandungi protein tinggi serta kaya dengan vitamin dan mineral ini memainkan peranan penting dalam pemakanan masyarakat Jepun feudal. Miso masih banyak digunakan dalam masakan tradisional dan moden Jepun dan ia telah mendapat perhatian dari seluruh dunia.