Mira Sorvino
Mira Sorvino | |
|---|---|
Sorvino di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2007 | |
| Kelahiran | Mira Katherine Sorvino 28 September 1967 |
| Pusat pendidikan | Universiti Harvard |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 1985–kini |
| Pasangan | Christopher Backus (k. 2004) |
| Anak-anak | 4 |
| Ibu bapa | Paul Sorvino Lorraine Ruth Davis |
| Saudara | Michael Sorvino (adik) Bill Sorvino (sepupu) |
Mira Katherine Sorvino (/ˈmiːrə sɔːrˈviːnoʊ/; lahir 28 September 1967) ialah seorang pelakon wanita Amerika Syarikat. Beliau memenangi Anugerah Akademi dan Golden Globe bagi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik bagi persembahannya dalam filem Mighty Aphrodite (1995) arahan Woody Allen.
Beliau juga berlakon dalam filem Romy and Michele's High School Reunion (1997), Mimic (1997), Lulu on the Bridge (1998), The Replacement Killers (1998), Summer of Sam (1999), dan Like Dandelion Dust (2009). Beliau menerima pencalonan Golden Globe dan Emmy bagi peranannya dalam Norma Jean & Marilyn (1996), dan pencalonan Golden Globe bagi peranannya dalam Human Trafficking (2005).