Mick Schumacher
Mick Schumacher (Sebutan bahasa Jerman: [ˈmɪk ˈʃuːmaxɐ], lahir 22 Mac 1999) ialah seorang pemandu kereta lumba profesional. Dia kini bersaing dalam Formula Satu dengan Haas di bawah bendera Jerman. Mick juga merupakan ahli Akademi Pemandu Ferrari. Dia memulakan kerjaya perlumbaan dalam karting pada 2008 dan mara ke acara Formula 4 Jerman pada 2015. Selepas memenangi Kejuaraan Formula 3 Eropah pada musim 2018, dia kemudian naik untuk mencuba Kejuaraan Formula 2 pada musim berikutnya. Dia adalah anak kepada Michael Schumacher dan juga anak saudara kepada Ralf Schumacher.