Michel Foucault
| Michel Foucault | |
|---|---|
Foucault dalam suatu sidang di Universiti Negeri Guanabara (kini U. N. Rio de Janeiro), Brazil, 1974 | |
| Lahir | 15 Oktober 1926 Poitiers, Perancis |
| Meninggal dunia | 25 Jun 1984 (umur 57) Paris, Perancis |
| Zaman | 20th-century philosophy |
| Aliran | Continental philosophy Pascastrukturalisme |
| Minat utama | Sejarah idea, epistemologi, epistemologi sejarah, etika, falsafah politik, falsafah sejarah, falsafah teknologi |
| Idea penting | Biokuasa (biopolitik), institusi displin, Analisis perbincangan, pembentukan diskursif, dispositif, épistème, "genealogy", daya perintah, heterotopia, limit-experience, pengetahuan kuasa, panoptisisme, assujettissement, parrhesia, visibilités |
| Alma mater | École Normale Supérieure Universiti Paris |
| Institusi | École Normale Supérieure (1951–55) Université de Lille (1953–54) Universiti Uppsala Universiti Warsaw Institut français Hamburg Universiti Clermont-Ferrand Universiti Tunis Universiti Paris VIII Collège de France Universiti Buffalo University of California, Berkeley Universiti New York |
Mempengaruhi
| |
Paul-Michel Foucault (15 Oktober 1926 – 25 Jun 1984) atau lebih umumnya dikenali sebagai Michel Foucault (disebut [mi.syél fu.ko]) ialah seorang filsuf, ahli sejarah idea, ahli teori sosial dan pengkritik sastera dari Perancis.
Teori-teori beliau menyatakan secara utamanya hubungan antara kekuasaan dan pengetahuan serta bagaimana hubungan tersebut digunakan sebagai bentuk kawalan sosial melalui institusi dalam masyarakat. Walaupun Foucault sering disebut sebagai seorang yang berfahaman pascastrukturalisme dan pascamoden, beliau menolak tanggapan ini dan lebih suka mengusulkan buah fikirannya sebagai suatu sejarah moden yang kritis. Pemikiran beliau telah mempengaruhi akademik, terutamanya mereka yang bekerja dalam bidang kajian komunikasi, sosiologi, kajian budaya, teori sastera, feminisme, dan teori kritikal. Kelompok aktivis turut menemukan teori yang menarik daripada beliau.