Michael Veerapen

Michael Veerapen
Juga dikenali
sebagai
Michael
Kelahiran1957 (umur 67–68)
Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
WarganegaraMalaysia
Pekerjaanpemuzik, komposer, pengarah muzik, penerbit rakaman
Alat muzikpiano, keyboard
Tahun aktif1980–kini
Pautan berkaitan
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

Michael Veerapen merupakan seorang pianis, penerbit rakaman dan pengarah muzik Malaysia. Beliau paling terkenal sebagai pengarah muzik untuk Penghibur No. 1 Asia, Sudirman Haji Arshad di mana beliau berkhidmat sebagai penyusun muzik untuk lagu "One Thousand Million Smiles". Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengarah muzik di pementasan teater Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal (2011) dan Supermokh Sebuah Muzikal (2013).

Pada tahun 2017, Veerapen mengikuti ijazah sarjana dalam bidang muzik di Universiti Sains Malaysia di bawah seliaan Dr Johan Othman. Anak beliau, Daniel Veerapen turut bergiat aktif dalam bidang muzik.