Mikoyan-Gurevich MiG-15

MiG-15
MiG-15UTI
MiG-15 milik Tentera Udara Soviet pada tahun 2017
Peranan Fighter
Pengeluar Mikoyan-Gurevich
Penerbangan pertama 30 Disember 1947
Diperkenalkan 1949
Status Digunakan sebagai pesawat latihan
Syarikat penerbangan utama Tentera Udara Soviet
Pasukan Udara Tentera Pembebasan Rakyat
Tentera Udara Korea Utara
41 buah negara-negara lain
Jumlah dibina ~12,000 + ~6,000 secara berlesen
Dibangunkan dari Mikoyan-Gurevich
Variasi MiG-17

Mikoyan-Gurevich MiG-15 (Rusia: Микоян и Гуревич МиГ-15) adalah sebuah pesawat pejuang berkuasa jet yang dibangunkan untuk Kesatuan Soviet oleh Artem Mikoyan dan Mikhail Gurevich. MiG-15 merupakan salah satu pesawat pejuang yang menggunakan rekabentuk sayapsapu dengan jayanya. MiG-15 telah digunakan secara meluas dan terkenal semasa Perang Korea, di mana pada awal perang, ia berjaya mengatasi kesemua pesawat musuh. MiG-15 juga digunakan sebagai asas bagi membangunkan pesawat MiG-17 yang lebih maju yang mana akan menentang pesawat Amerika Syarikat di ruang udara Vietnam Utara pada tahun 1960-an. MiG-15 dipercayai merupakan salah satu pesawat jet yang paling banyak dikeluarkan, dengan lebih 12,000 buah. Pengeluaran secara berlesen di luar negara mungkin melebihi 18,000 buah. Mig-15 sering kali dibandingkan bersama dengan pesawat F-86 Sabre di dalam senarai pesawat pejuang terbaik di dalam Perang Korea dan dibandingkan dengan pesawat pada era yang ain.