F-86 Sabre

F-86 Sabre
Pesawat North American F-86 semasa di Pameran Udara Oshkosh
Peranan Pesawat pejuang
Pengeluar North American Aviation
Penerbangan sulung 1 Oktober 1947
Diperkenalkan 1949, Tentera Udara Amerika Syarikat
Dihentikan 1994, Bolivia
Pengguna utama Tentera Udara Amerika Syarikat
Pasukan Pertahanan Diri Udara Jepun
Tentera Udara Sepanyol
Tentera Udara Republik Korea
Jumlah dibina 9,860 buah
Kos seunit AS$ 219,457 (F-86E)
Dibangunkan dari FJ-1 Fury
Kelainan F-86D Sabre
Canadair Sabre
CAC Sabre
FJ-2/3/4 Fury
North American YF-93

North American Aviation F-86 Sabre (kadang kala dipanggil Sabrejet) adalah sebuah pesawat pejuang berkelajuan transonik. Sabre sangat dikenali disebabkan peranan yang dimainkannya dalam Perang Korea dalam menentang pesawat buatan Soviet iaitu MiG-15 dengan menguasai ruang udara Korea. Walaupun dibangunkan pada lewat 1940-an dan ketinggalan zaman semasa akhir tahun 1950-an, Sabre telah membuktikan keupayaannya dan terus digunakan sebagai pesawat pejuang garis hadapan di dalam tentera udara sehingga pesawat terakhir dihentikan perkhidmatannya oleh Tentera Udara Bolivia pada 1994.

Pesawat ini telah dikeluarkan sebanyak lebih daripada 7,800 buah di antara tahun 1949 hingga 1956, di Amerika Syarikat, Jepun dan Itali. Ia merupakan pesawat pejuang jet buatan Barat yang paling banyak dikeluarkan, dengan jumlah pengeluaran bagi kesemua kelainan mencapai 9,860 buah.

Pesawat-pesawat kelainan telah dibina Kanada dan Australia. Pesawat Canadair Sabre sahaja berjumlah 1,815 buah, dan pesawat yang direka semula iaitu CAC Sabre (kadang kala dikenali sebagai Avon Sabre atau CAC CA-27), telah dikeluarkan sebanyak 112 buah.