Pokémon: The First Movie
| Pokémon: The First Movie | |
|---|---|
| Pengarah | Michael Haigney Kunihiko Yuyama |
| Penulis | Takeshi Shudo |
| Dihasilkan oleh | Choji Yoshikawa Tomoyuki Igarashi Takemoto Mori |
| Dibintangi | Veronica Taylor Rachael Lillis Eric Stuart Ikue Ootani Phillip Bartlett Maddie Blaustein Ted Lewis |
| Diedarkan oleh | Toho (Jepun) Warner Bros. (AS) |
Tarikh tayangan | Bahasa Jepun: 18 Julai 1998 Bahasa Inggeris: 10 November 1999 |
Masa tayangan | 75 minit |
| Negara | A.S./Jepun |
| Bahasa | Bahasa Jepun |
Pokémon: The First Movie, di Jepun dikenali sebagai Pocket Monsters Mewtwo no Gyakushū (ポケットモンスター ミュウツーの逆襲, Poketto Monsutā Myūtsū no Gyakushū, lit. "Pocket Monsters Mewtwo Strikes Back"), merupakan keluaran filem pertama anime Pokémon. Seperti siri animenya, filem ini diarahkan oleh Kunihiko Yuyama.
Tajuk Mewtwo Menyerang Kembali ialah terjemahan harfiah daripada tajuk Bahasa Jepun, Mewtwo no gyakushū.
Disebabkan Pokémon amat popular ketika filem ini ditayangkan, ia menjadi filem box office di seluruh dunia. Filem ini mengandungi 3 segmen: Pikachu's Vacation, babak 21 minit yang memfokuskan kepada watak Pokémon paling popular, Pikachu; Origin of Mewtwo, babak 10 minit yang menjadi prolog kepada babak utama; dan Mewtwo Strikes Back, babak utama 75 minit dalam filem ini. Filem ini disusuli oleh Pokémon: Mewtwo Returns.