Penaklukan Islam di Mesir
| Penaklukan Muslim di Mesir | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Sebahagian daripada Penaklukan oleh Muslim dan Perang Arab-Byzantine | |||||||||
| |||||||||
| Pihak yang terlibat | |||||||||
| Empayar Rom Timur | Khulafa al-Rasyidin | ||||||||
| Komandan dan pemimpin | |||||||||
|
Maharaja Heraclius |
Khalifah Umar | ||||||||
Pada permulaan Penaklukan Islam di Mesir, Mesir adalah sebahagian daripada Empayar Rom Timur/Byzantine, yang berpusat di Constantinople. Mesir baru sahaja telah ditakluk sedekad sebelum itu oleh Empayar Parsi dibawah Khosrau II (616 hingga 629); walau bagaimanapun, Maharaja Heraclius menakluk semula dalam beberapa siri pertarungan menentang Parsi Sasan, tetapi kalah pula dengan tentera Muslim al-Rasyidin sepuluh tahun kemudian. Sebelum Muslim memulakan penaklukan Mesir, Rom Timur sudahpun kehilangan Levant dan sekutu Arabnya, Kerajaan Ghassan, kepada Muslim. Semua ini membuatkan Empayar Rom Timur terdedah kepada bahaya.