Mersuji putih

Mersuji putih
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Istiophoriformes
Keluarga: Istiophoridae
Genus: Kajikia
Spesies:
K. albida
Nama binomial
Kajikia albida
(Poey, 1860)
Sinonim
  • Lamontella albida (Poey, 1860)
  • Makaira albida (Poey, 1860)
  • Tetrapturus lessonae Canestrini, 1861
  • Makaira lessonae (Canestrini, 1861)

Mersuji putih (Kajikia albida) ialah spesies ikan berparuh yang hidup di zon epipelagik di Lautan Atlantik tropika dan subtropika. Ia dijumpai di antara latitud 45° N and 45° S di perairan yang lebih dalam daripada 100 m. Sungguhpun mersuji putih dijumpai di tubuh air yang lebih dalam daripada 100 m, ia cenderung tinggal berdekatan permukaan. Mersuji putih pernah dijumpai berhampiran tebing, beting dan ngarai, tetapi tidak terbatas di hanya lokasi tersebut. Ia menggemari suhu permukaan yang hangat melebihi 22 °C.