Ikan berparuh
| Ikan berparuh Julat masa:
| |
|---|---|
| Ikan berparuh terbesar, mersuji biru Atlantik seberat 820 kg (1800 lb) dan telah dikelaskan sebagai spesies terjejas. | |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Haiwan |
| Filum: | Chordata |
| Kelas: | Actinopterygii |
| Order: | Carangiformes |
| Suborder: | Menoidei |
| Kumpulan tak formal: | "Xiphioid" |
| Keluarga: | |
| |
Ikan berparuh ialah kumpulan ikan pemangsa air masin yang dicirikan dengan paruh (rostrum) tajam yang ketara, dan saiz yang besar; beberapanya lebih panjang daripada 4 m (13 ka). Ikan berparuh yang masih wujud merangkumi layaran dan mersuji yang membentuk keluarga Istiophoridae; dan todak, ahli tunggal keluarga Xiphiidae.
Ikan berparuh bersifat pelagik dan berhijrah tinggi, dan ditemukan di semua lautan, biar pun ia banyak mendiami perairan tropika dan subtropika; todak turut terdapat di perairan berhawa sederhana. Ikan berparuh menggunakan paruh atas bak pedang untuk menebas dan menggamamkan mangsa sewaktu mencari makan. Paruhnya turut dipakai untuk menusuk mangsa, dan diketahui pernah menusuk perahu (mungkin secara tidak sengaja), tapi ia tidak biasa digunakan sebegitu. Ia sangat dihargai sebagai ikan permainan oleh ahli sukan memancing.