Punai jambu

Punai jambu
Seekor jantan di Zoo Cincinnati
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Columbiformes
Keluarga: Columbidae
Genus: Ptilinopus
Spesies:
P. jambu
Nama binomial
Ptilinopus jambu
Gmelin, 1789

Punai jambu (nama saintifik: Ptilinopus jambu) ialah salah satu jenis burung kecil dalam genus Ptilinopus. Ia boleh didapati di selatan Thailand, Malaysia, Brunei dan pulau-pulau Kalimantan, Sumatra dan Jawa di Indonesia. Ia ditemukan di paya-paya bakau dan hutan hujan pamah setinggi 1,500 meter, juga di hutan sekunder.

Burung ini dinilai sebagai spesies hampir terancam dalam Senarai Merah IUCN.