Meriam Mark 45 kaliber 5"/54
| Meriam ringan Mark 45 kaliber 5-inch/54 | |
|---|---|
Versi terkini, sebuah Mark 45 Mod 4 kaliber 5-inch/62, dalam perumah meriam panel-rata, membuat ujian tembakan di atas USS Forrest Sherman pada tahun 2007 | |
| Jenis | Meriam laut |
| Tempat asal | Amerika Syarikat |
| Sejarah perkhidmatan | |
| Dalam perkhidmatan | 1971-kini
|
| Digunakan oleh | Lihat Pengguna |
| Sejarah pengeluaran | |
| Direka | 1968 |
| Pengeluar | United Defense (kini BAE Systems Land & Armaments) |
| Dihasilkan | 1971 |
| Spesifikasi (Mod 2) | |
| Berat | 21,691 kg (47,820.5 lb) |
| Panjang | 8.992 m (29 ka 6.0 in) |
| Panjang laras | 6.858 m (270.0 in) Rifling: 5.82 m (229 in) |
| Shel | Konvensional: 31.75 kg (70.0 lb) |
| Kaliber | 5.0 inci (127.0 mm) |
| Laras | Laras tunggal (progresif RH parabolic twist) |
| Ketinggian |
|
| Rentas |
|
| Kadar tembakan | 16–20 butir per minut automatik |
| Halaju muncung |
|
| Jarak tembakan efektif | 13 nmi (24.1 km) |
| Sistem suapan |
|
Meriam ringan (Mk45) kaliber 5-inch/54 adalah sebuah meriam artileri yang terdiri daripada sebuah meriam L54 Mark 19 127 mm (5 in) yang dipasang pada pendakap Mark 45. Ia asalnya direka dan dibina oleh United Defense, dan kini dikilangkan oleh BAE Systems Land & Armaments setelah pengambilalihan ke atas United Defense.
Versi terkini kaliber 5-inch/62 terdiri daripada sebuah meriam L62 Mark 36 dengan laras lebih panjang yang dipasang pada pendakap Mark 45 yang sama. Meriam ini direka untuk memusnahkan kapal permukaan, pesawat dan pengeboman ke darat untuk membantu operasi amfibia. Meriam ini juga dilengkapi dengan pemuat automatik dengan muatan sebanyak 20 butir peluru. Ia boleh ditembak secara automatik sepenuhnya, hanya mengambil masa lebih sedikit 1 minit untuk menghabiskan peluru pada kadar tembakan maksima. Untuk kegunaan berterusan, perumah meriam akan dikendalikan oleh 6 orang krew (kapten meriam, operator panel, dan 4 orang pemuat peluru) di bawah dek untuk memastikan meriam ini dibekalkan dengan peluru secukupnya.