Kementerian Sihir

Persatuan Harry Potter
Kementerian Sihir
Ibu Pejabat London
Ketua Kingsley Shacklebolt
Tujuan Memastikan keteraturan masyarakat sihir di Britain
Musuh Ahli sihir gelap
Kemunculan Pertama Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, disebut dalam setiap buku.

Dalam siri novel J.K. Rowling iaitu Harry Potter, Kementerian Sihir merupakan badan pemerintah bagi masyarakat sihir di Britain dan yang menggantikan Majlis Ahli-ahli Sihir. Diketahui yang negara lain turut mempunyai Menteri Sihir masing-masing. Kerja Menteri Sihir melibatkan bahagian eksekutif, perundangan dan kehakiman. Kementerian tersebut mempunyai tujuh jabatan dan banyak pejabat kecil untuk menguruskan aspek-aspek yang berbeza dalam dunia sihir. Jabatan yang berlainan berkomunikasi melalui "Memo antara jabatan" iaitu kapal terbang kertas berwarna ungu pucat yang terbang ke destinasi masing-masing dengan sendirinya. Kementerian Sihir Britain berpusat di tengah London jauh di bawah tanah.

Kementerian sering berhubungan dengan Perdana Menteri dengan bantuan potret ahli sihir di pejabat Perdana Menteri yang memberitahu Perdana Menteri akan ketibaan Menteri Sihir. Untuk masuk ke dalam kementerian, seseorang harus mendail nombor 62442 ("MAGIC") di telefon awam yang dikhaskan dan menyatakan nama serta tujuan untuk ke sana. Pas akan dikeluarkan dan pondok telefon akan masuk ke dalam tanah dan terus ke lobi kementerian di Tingkat B8.

Templat:Spoiler