Tugu Peringatan Lincoln

Tugu Peringatan Lincoln
Lincoln Memorial
Tugu peringatan yang dilihat dari dekat
Nama alternatifMemorial Lincoln
EtimologiAbraham Lincoln
Maklumat umum
JenisTugu peringatan
Gaya seni binaKebangkitan semula Yunani dengan gaya binaan neoklasik dan Dorik Yunani
LokasiPenghujung barat National Mall
Alamat2 Lincoln Memorial Cir NW, Washington, DC 20037
Bandar/pekanWashington, D.C.
NegaraAmerika Syarikat
Koordinat38°53′21.4″N 77°3′0.5″W / 38.889278°N 77.050139°W / 38.889278; -77.050139
Ketinggian16 m (1980)
11 m
Pecah tanah12 Februari 1914 (1914-02-12)
Pembinaan bermula1914
Disiapkan pada1922
PengendaliPerkhidmatan Taman Negara
Butiran teknikal
BahanYule marble (en) Tennessee marble (en) Sylacauga marble (en) Indiana limestone (en) konkrit diperkukuhkan
Reka bentuk dan seni bina
Arkitek
  • Henry Bacon (arkitek)
  • Daniel Chester French (pengukir)
Pereka bentuk lainDaniel Chester French (mul)
Tapak web
www.nps.gov/linc/index.htm
Tugu Peringatan Lincoln
Tugu Peringatan Kebangsaan A.S.
Luas27,336 kaki persegi (2,539.6 m2)
Pelawat7,808,182 (2019)
No. rujukan NRHP66000030
Ditambahkan ke NRHP15 Oktober 1966
sunting · sunting di Wikidata

Tugu Peringatan Lincoln adalah tugu peringatan kebangsaan Amerika Syarikat (A.S.) yang dibina bagi memberi penghormatan kepada Presiden A.S. ke-16, Abraham Lincoln. Bangunan tugu tersebut terletak di hujung barat National Mall di Washington, D.C., merentasi Monumen Washington. Didedikasikan pada Mei 1922, memorial tersebut merupakan salah satu daripada beberapa tugu peringatan yang dibina bagi menghormati presiden. Tugu Peringatan Lincoln menjadi salah satu tarikan pelancong utama dan sejak 1930-an menjadi suatu pusat simbolik yang menumpukan pada hubungan kaum. Banyak ucapan-ucapan awam terkenal juga pernah diadakan di situ, termasuklah "Saya Mempunyai Impian" oleh pemimpin hak awam Martin Luther King, Jr. yang diadakan pada 28 Ogos 1963, semasa perhimpunan akhir Perarakan di Washington untuk Pekerjaan dan Kebebasan.

Bangunan berseni bina neoklasik tersebut dibina mengikut bentuk kuil Dorik Yunani. Tugu peringatan itu mengandungi ukiran patung besar Abraham Lincoln yang sedang duduk dan inskripsi dua ucapan terkenal Lincoln iaitu Ucapan Gettysburg dan ucapan pelantikan keduanya. Arkitek memorial itu ialah Henry Bacon, manakala rekaan patung, Abraham Lincoln (1920) di bahagian dalam bangunan itu pula dihasilkan oleh Daniel Chester French; di mana patung itu diukir oleh Piccirilli bersaudara. Pelukis mural bahagian dalam ialah Jules Guerin dan inskripsi di atas patung pula ditulis oleh Royal Cortissoz.