Monorel Melaka

Monorel Melaka
مونوريل ملاك
Umum
Nama lainMonorail Themepark & Studios (MTS)
JenisMonorel lingkaran persiaran dan pelancongan
SistemMonorel
StatusDigantung operasi
LokasiBandaraya Melaka
Stesen3
Operasi
Dibuka21 Oktober 2010
4 Disember 2017
Ditutup3 Disember 2011 (kali pertama)
Mac 2020 (kali kedua)
PemilikMajlis Bandaraya Melaka Bersejarah
PengendaliMenara Taming Sari Sdn Bhd (2010-2013)
Monorail Theme Park & Studios Sdn Bhd (2017-2021)
CiriBertingkat
Teknikal
Panjang landasan2.9 kilometer (1.8 bt)
Bilangan landasan1
Ketinggian tertinggi7 meter
Peta laluan

perkhidmatan digantung sejak Mac 2020

Sungai Melaka
Tun Ali
Hang Jebat
Hang Tuah

Monorel Melaka merupakan satu perkhidmatan monorel jenis 'straddle-beam' yang terletak di Bandaraya Melaka, Melaka. Pada asalnya, sistem ini dibina sebagai salah satu tarikan pelancong dan bukannya sebagai sistem pengangkutan awam. Sejak tahun 2020, sistem ini tidak lagi beroperasi.