Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
Jenis
Jenis
Sejarah
Diasaskan15 April 2003
Didahului oleh
Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah
Kepimpinan
Datuk Bandar
Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman
Laman sesawang
www.mbmb.gov.my
sunting

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Bandar raya Melaka, Melaka. Majlis ini berfungsi untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk. Ia juga bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam, pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial, pengurusan lalu lintas dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar. Majlis ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar dan mempunyai 24 orang Ahli Majlis.