Meghan Markle

Meghan
Duchess of Sussex
Markle pada Mac 2018
KeputeraanRachel Meghan Markle
(1981-08-04) 4 Ogos 1981
Los Angeles, California, A.S
Pasangan
  • Trevor Engelson
    (k. 2011; c. 2013)
  • Putera Harry (k. 2018)
AnakandaArchie Harrison Mountbatten-Windsor Lilibet Diana Mountbatten-Windsor
KerabatWindsor (melalui perkahwinan)
AyahandaThomas Markle
BondaDoria Ragland
PekerjaanPelakon (2002–2017)
Tandatangan
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "height"

Rachel Meghan Markle (lahir 4 Ogos 1981) ialah seorang bekas pelakon wanita Amerika Syarikat yang menjadi ahli keluarga diraja Inggeris selepas perkahwinannya bersama Putera Harry.

Markle dilahirkan dan dibesarkan di Los Angeles, California, dan berasal dari keturunan campuran. Sepanjang pengajiannya di Universiti Northwestern, beliau mula melakonkan peranan kecil di siri televisyen dan filem Amerika Syarikat. Dari 2011 sehingga 2017, beliau memegang watak yang menjadikan beliau dikenali, Rachel Zane, di siri drama Amerika Syarikat Suits. Sebagai seorang feminis yang berterus terang, Markle telah menyampaikan masalah tentang kesetaraan jenis kelamin, dan laman gaya hidupnya, The Tig, sebuah halaman tentang wanita berpengaruh. Aktiviti kemanusiaannya pada tahun 2010-an mewakili kehadirannya di pertubuhan amal antarabangsa. Beliau juga dikenali menerusi gaya dan cara berpakaiannya, melancarkan sebuah jenama pakaian pada tahun 2016.

Dari 2011 sehingga perceraian mereka pada 2013, Markle berkahwin dengan pelakon dan penerbit Trevor Engelson. Pada tahun 2017, beliau mengumumkan pertunangannya dengan Putera Harry, cucu lelaki Ratu Elizabeth II, dan berpindah ke London. Beliau kemudian bersara dari bidang lakonan, menutup semua akaun media sosialnya, dan mula aktif dalam penglibatan awam atas nama Keluarga diraja Inggeris. Selepas perkahwinan mereka pada 19 Mei 2018, Markle dikenali sebagai Yang Teramat Mulia Duchess of Sussex.