Raksasa
Dalam mitologi dan legenda yang muncul dari berbagai belahan dunia, raksasa (Jawi: رقساس) atau gergasi (Jawi: ݢرݢاسي) difahamkan sebagai makhluk yang menyerupai manusia atau haiwan, namun berukuran lebih besar daripada ukuran normal manusia atau haiwan tersebut. Dongeng dan legenda menyatakan bahawa raksasa merupakan bangsa makhluk yang bodoh dan bengis, suka mengganggu dan memakan manusia, namun ada beberapa dongeng dan legenda yang menyatakan sebaliknya. Raksasa dianggap suatu ancaman kerana manusia tidak mampu menandingi ukuran serta tenaganya yang besar, namun tidak sedikit yang memberi gagasan tentang raksasa sebagai makhluk yang hidup berdampingan dengan manusia.