Mazdakisme

Mazdakisme (Parsi: مزدکیه, rumi: mazdakīye) ialah sebuah agama Iran, yang merupakan satu pecahan daripada agama Majusi.

Agama ini diasaskan pada awal Empayar Sasan oleh Zaradust-e Khuragen, seorang mobad atau pendeta Majusi yang sezaman dengan Mani (m. 274). Namun, ia dinamakan sempena penyokongnya yang paling terkenal, Mazdak, yang merupakan tokoh berkuasa dan berkontroversi semasa pemerintahan Maharaja Kavad I (r. 498–531), sehingga dia dibunuh oleh Maharaja Khusrau I (r. 531–579).