Angra Mainyu
Angra Mainyu ( /ˈæŋrə ˈmaɪnjuː/ ; Bahasa Avesta : 𐬀𐬢𐬭𐬀⸱𐬨𐬀𐬌𐬥𐬌𐬌𐬎 Aŋra Mainiiu) ialah istilah dalam Bahasa Avesta untuk merujuk kepada "semangat pemusnah/jahat" dan juga musuh utama Spenta Mainyu, "semangat suci/kreatif" dan musuh langsung bagi Ahura Mazda, dewa tertinggi agama Mazdayasna (Zoroastrianisme). Istilah Ahriman (Bahasa Parsi Tengah: 𐭠𐭧𐭫𐭬𐭭𐭩 /ˈɑːrɪmən/ ) ialah kesetaraan dalam Bahasa Parsi Tengah bagi Angra Mainyu.