Maya Matahari
Maya Matahari | |
|---|---|
| Kelahiran | Meyanaliza binti Ruslee 13 Mei 1976 |
| Meninggal dunia | 18 Mac 2020 (umur 43) |
| Sebab kematian | Kanser tisu |
| Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Kampung Setia Jaya, Machap |
| Nama lain | Mya Ruslee |
| Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, penyampai radio |
| Tahun aktif | 1995–2020 |
| Pasangan | Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz (k. 2009; c. 2015) |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | |
| Alat muzik | Vokal |
Meyanaliza Ruslee atau lebih dikenali sebagai Maya Matahari atau Mya Ruslee (13 Mei 1976 – 18 Mac 2020) ialah seorang penyanyi, pelakon dan penyampai radio wanita Malaysia. Beliau terkenal menerusi lagu "Matahari" dari album pertamanya dengan bertajuk sama. Pada tahun 2018, beliau membuat penampilan semulanya dalam rancangan TV realiti Gegar Vaganza musim kelima.