Mat Som
| Umum | |
|---|---|
| Pengarang | Lat |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Genre | Novel grafik |
| Penerbitan | |
| Penerbit |
|
Tarikh penerbitan | Julai 1989 |
Jenis media | Cetakan |
| Halaman | 186 ms (edisi pertama) |
| Kawalan kewibawaan | |
| ISBN | ISBN 9679695263 |
Mat Som ialah novel grafik karya kartunis Malaysia, Lat yang mengisahkan tentang dilema dalam kehidupan seorang penulis sambilan di ibu kota dan pada masa mengimbau zaman kanak-kanak di kampung halamannya. Buku ini juga merupakan keterangan kehidupan seorang anak muda yang sedang mencari arah tujuan hidup di kota serba moden yang pesat berkembang. Ia juga merupakan asas bagi adaptasi filemnya yang dikeluarkan pada 1990.
Diterbitkan pada 1989 oleh syarikat milik Lat, Kampung Boy Sdn. Bhd., Mat Som merupakan satu kejayaan komersial dan kritis; cetakan pertamanya telah habis dijual sebaik sahaja dilancarkan. Diterbitkan dalam bahasa Melayu, ia juga diterbitkan dalam versi bahasa Inggeris dan diterjemahkan oleh Adibah Amin. Ia telah diuar-uarkan sebagai novel grafik pertama di Malaysia. Kesinambungan untuk novel grafik ini sedang dalam perancangan.