MasterCard

MasterCard
مسترکارد
Jenis/bentuk sahSyarikat awam
Didagangkan sebagaiNYSE: MA
S&P 500
ISINUS57636Q1040 
IndustriKewangan
Ditubuhkan (1966-12-16) 16 Disember 1966 (sebagai Master Charge The Interbank Card)
(1979-12-16) 16 Disember 1979 (sebagai MasterCard)
Ibu pejabatMasterCard International Global Headquarters
Purchase, New York,  Amerika Syarikat
Tokoh pentingRichard N. Haythornthwaite
(Ketua)
Ajaypal Singh Banga (Pengarah Utama & CEO)
KeluaranKad pembayaran (kad kredit, kad debit, kad prabayar), Sistem pembayaran
Hasil US$ 7.391 billion (2012)
Pendapatan kendalian US$ 3.937 billion (2012)
Pendapatan bersih US$ 2.759 billion (2012)
Modal354,350,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2021) 
Jumlah aset US$ 12.462 billion (2012)
Jumlah ekuiti US$ 6.917 billion (2012)
Bilangan kakitangan6,700 (2011)
Syarikat indukSyarikat perbankan di California
Interbank Card Association
Anak syarikatMastercard (Belgium), Mastercard (United Kingdom), Ekata, Inc. 
Tapak webwww.mastercard.com
sunting · sunting di Wikidata

MasterCard (tulisan Jawi : مسترکارد; NYSE: MA) ialah sebuah perkhidmatan kad kredit antarabangsa sejak 1966 (sebagai "Master Charge The Interbank Card"). MasterCard pertama kali dilancarkan di Purchase, New York, Amerika Syarikat pada tarikh 16 Disember 1966 sebagai Master Charge The Interbank Card, dan dilancarkan secara rasmi pada tarikh 16 Disember 1979 sebagai MasterCard. Ibu pejabatnya berada di Purchase, New York, Amerika Syarikat dan O'Fallon, Missouri, Amerika Syarikat sebagai MasterCard International Global Headquarters (Ibu Pejabat Antarbangsa MasterCard). MasterCard dikeluarkan oleh lebih 25,000 syarikat perbankan di mana-mana negara di seluruh dunia.

Maksud pelancaran MasterCard (ketika itu sebagai "Master Charge The Interbank Card") di California ialah untuk berlumba dengan BankAmericard yang dikeluarkan oleh Bank of America, yang seterusnya mengeluarkan kad kredit VISA yang dikeluarkan pada tarikh 1 Julai 1970. Pada mula pelancarannya, antara tahun 1966 sehingga 1979, MasterCard ketika itu lebih dikenali sebagai "Master Charge" ataupun "Interbank" (supaya jenama "Master Charge The Interbank Card" lebih dikenali).

Pada September 2022, Mastercard memperoleh hak penajaan tajuk untuk semua perlawanan antarabangsa dan domestik yang diadakan di rumah yang dianjurkan oleh Lembaga Kawalan Kriket India.