Bank of America
35°13′36.41″N 80°50′33.57″E / 35.2267806°N 80.8426583°E
Ibu pejabat Bank of America headquarters di Charlotte, Carolina Utara, A.S. | |
| Jenis/bentuk sah | Awam |
|---|---|
| Didagangkan sebagai | |
| ISIN | US0605051046 |
| Industri | |
| Pendahulu | Bank America NationsBank |
| Ditubuhkan | 17 Oktober 1904 (sebagai Bank of Italy) September 1998 (sebagai Bank of America menerusi pemerolehan Nationsbank) |
| Pengasas | Amadeo Giannini |
| Ibu pejabat | Charlotte, Carolina Utara, A.S. |
| Kawasan perkhidmatan | International service |
| Tokoh penting | |
| Keluaran | Perbankan pengguna, perbankan korporat, insurans, perbankan pelaburan, pinjaman gadai janji, perbankan swasta, ekuiti swasta, pengurusan kekayaan, kad kredit |
| Hasil | ▲ US$87.352 bilion (2017) |
| Pendapatan kendalian | 18,995,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2020) |
| Pendapatan bersih | ▲ US$18.232 bilion (2017) |
| Modal | 232,000,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2017) |
| Jumlah aset | ▲ US$2.281 trilion (2017) |
| Jumlah ekuiti | ▲ US$267.146 bilion (2017) |
| Pemilik | Berkshire Hathaway (6.6%) |
| Bilangan kakitangan | 209,000 (2017) |
| Pembahagian | Bank of America Merrill Lynch |
| Anak syarikat | Merrill Lynch Merrill Edge U.S. Trust |
| Nisbah modal | 11.8% (2017) |
| Rating | Moody's: Baa1 S&P: BBB Fitch: A |
| Tapak web | bankofamerica.com |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Bank of America Corporation (NYSE: BAC) ialah sebuah syarikat perkhidmatan kewangan, syarikat pemegang bank terbesar di Amerika Syarikat dari segi aset, dan bank kedua terbesar dari segi permodalan pasaran. Bank of America berkhidmat di lebih 150 negara, dan menjalin hubungan dengan 99% daripada syarikat A.S. dalam senarai Fortune 500 dan 83% syarikat Fortune Global 500. Syarikat ini adalah ahli Perbadanan Insurans Deposit Persekutuan (Federal Deposit Insurance Corporation, FDIC) dan sebuah komponen Indeks S&P 500 dan Dow Jones Industrial Average.
Pembelian syarikat Merrill Lynch pada tahun 2008 menjadikan Bank of America pengurus kewangan terbesar di dunia dan sebuah kuasa besar dalam industri perbankan pelaburan.
Syarikat ini memegang 12.2% dari kesemua deposit A.S., tepat pada Ogos 2009, di samping menjadi satu daripada Empat Bank Terbesar di Amerika Syarikat, bersama tiga pesaing terketatnya, iaitu Citigroup, JPMorgan Chase dan Wells Fargo.