Masjid jamik

Masjid jamik atau masjid jamek (Arab: مَسْجِد جَامِع, masjid jāmi‘, or simply: جَامِع, jāmi‘; Turki: Cami), atau kadang kala disebut masjid besar (Arab: جامع كبير, jāmi‘ kabir; Turki: Ulu Cami), secara umumnya ialah masjid yang mengendalikan sembahyang tengah hari pada hari Jumaat yang dipanggil solat Jumaat. Ia juga boleh mengendalikan solat hari raya dalam keadaan jika tiada dewan solat lain yang boleh mengendalikan solat tersebut. Pada sejarah awal Islam, bilangan masjid dalam satu-satu bandar sangat dihadkan. Seiring dengan perkembangan bandar dan penduduk, sudah menjadi kebiasaan terdapat banyak masjid mengendalikan solat di kawasan yang sama.