Masjid Sultan Ahmad I

Koordinat: 3.8080° N 103.3278° E

Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan
Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan
Maklumat am
Dibuka pada1994
Statusberoperasi
Tempoh pembinaan± 2 tahun
Maklumat pentadbiran
ImamTuan Haji Mohd Rizzal Bin Mohd Ali Nafiah (Imam Besar)
Tuan Muhammad 'Izzan Bin Idris al-Hafiz (Timb. Imam Besar)
Maklumat geografi
LokasiKuantan, Pahang, Malaysia
Maklumat pembinaan
Bil. kubah5
Bil. tingkat2
Bil. menara4
Ketinggian menara180 kaki
Kapasiti jemaah10,000
Keluasan190,000 kaki persegi
ArkitekDZJ Architech
KontraktorPasdec Holdings Bhd.
PemajuPASDEC
Bahan binaanKonkrit
KosRM 20.7 juta (sekitar AS$ 5.48 juta)

sunting

Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan merupakan sebuah masjid yang terbesar di negeri Pahang dan mampu memuatkan sekurang-kurangnya 10,000 orang dan menjadi kebanggaan kepada rakyat negeri. Menara masjidnya berukuran setinggi 180 kaki dan menjadikan ia antara masjid yang terkenal. Masjid Sultan Ahmad Shah terletak di tengah-tengan Bandar Kuantan, ibu negeri Pahang. Terletak di Jalan Mahkota, masjid ini terletak di pusat bisnes yang sibuk. Di sekitar masjid ini terdapat bangunan-bangunan kerajaan, bank-bank dan kedai-kedai. Bersebelahan masjid ini ialah sebuah padang bola yang luas.