Masjid Agung Aleppo
- Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Masjid Agung Halab
| Masjid Agung Halab جامع حلب الكبير | |
|---|---|
Masjid dan menara, Januari 2011 | |
| Info asas | |
| Agama | Islam |
| Negara | Syria |
| Penerangan seni bina | |
| Arkitek | Hasan ibn Mufarraj al-Sarmini |
| Jenis seni bina | Masjid |
| Gaya seni bina | Syria Utara, Seljuk, Mamluk |
| Disiapkan pada | 715M, abad ke-13th |
| Spesifikasi | |
| Bil. kubah | 1 |
| Bil. menara masjid | 1 (Dimusnahkan semasa Perang saudara Syria) |
| Bahan binaan | Batu |
Masjid Agung Halab (Arab: جامع حلب الكبير, rumi: Jāmi‘ Halab al-Kabīr) atau Masjid Umayyah Halab (جامع بني أمية بحلب Jāmi‘ Bani Umayah Bi-Halab) ialah masjid terbesar dan satu daripada masjid yang paling tua di kota Halab, Syria. Masjid ini terletak di daerah al-Jalloum di Kota Lama Halab, sebuah warisan dunia, berdekatan pintu masuk Souk al-Madina. Masjid ini dikatakan tempat letak makam Nabi Zakaria, bapa Nabi Yahya. Masjid dibina pada zaman permulaan abad ke-8; namun bangunan yang kini ada dibina dari abad ke-11 hingga ke-14. Menara dibina pada tahun 1090 M, dan dimusnahkan pada bulan April 2013 semasa pertempuran dalam Perang saudara Syria.