Kota Purba Aleppo

Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Kota Purba Halab


Kota Purba Halab
Tapak Warisan Dunia UNESCO
KriteriaKebudayaan: iii, iv
Rujukan21
InskripsiSesi 1986 (Ke-10 )
Paparan amaran: Page using Template:Infobox UNESCO World Heritage Site with unknown parameter "State Party"

Kota Lama Halab (nama rasmi UNESCO: "Kota Purba Halab") ialah pusat bandar bersejarah kota Halab, Syria. Banyak daerah-daerah kota purba ini kekal tanpa perubahan semenjak pembinaannya pada abad ke-12 hingga abad ke-16. Oleh sebab serangan dan ketidakstabilan politik penghuni kota ini terpaksa membina kawasan-kawasan seakan-seakan sel yang berasingan dan yang berdiri sendiri dari segi sosial dan ekonomi. Setiap daerah memiliki ciri-ciri keagamaan dan etnik penghuninya.

Kota Lama Halab — terdiri daripada kota kuno yang terkandung di dalam dinding dan kawasan-kawasan seakan-akan sel di luar dinding — mempunyai kawasan lebih kurang 350 hektar (3.5 km²) dan dihuni lebih daripada 120,000 penduduk.

Bercirikan rumah-rumah besar, lorong-lorong sempit, pasar (souq) berbumbung dan dan rumah persinggahan (caravanserai), Kota Lama Halab disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1986.

Banyak bahagian-bahagian Souq al-Madinah dan bangunan-bangunan Zaman Pertengahan di dalam pusat bandar lama ini termusnah, rosak dan terbakar akibat pertempuran antara tentera kerajaan Syria dan Tentera Bebas Syria dalam apa yang digelar Pertempuran Halab pada 25 september 2012. Souq terbakar ekoran pengunduran tentera Syria dari kawasan itu.